Soalan Lazim Berkaitan Mimevo

Apa sebenarnya Mimevo?

Mimevo adalah merupakan satu aplikasi web yang dibangunkan untuk menguruskan perniagaan internet yang anda jalankan. Mimevo berkuasa untuk:

  1. Menguruskan produk yang dijual dari segi maklumat produk dan harga produk.
  2. Menyediakan kemudahan “borang tempahan” untuk menerima semua tempahan bagi produk yang dijual.
  3. Menyediakan pusat pengurusan pelanggan dan juga affiliate.
  4. Menyediakan fungsi – fungsi membuat kiraan untung jualan, komisen ejen dan perkongsian keuntungan menerusi program partnership.
  5. Menguruskan butiran penghantaran produk (seperti link download atau tracking pos).

dan banyak lagi!

Sila cuba demo sistem kami untuk mendapatkan gambaran penuh penggunaan Mimevo.

Adakah Mimevo Merupakan Saas atau Self-Hosted?

MImevo adalah merupakan “script PHP” yang perlu dipasang ke dalam akaun web hosting anda. Syarat untuk menggunakan Mimevo adalah, anda perlu memiliki web hosting dan juga domain. Jika tiada, anda boleh dapatkan akaun web hosting dan pendaftaran domain di https://sitehandy.com.

Berapa Bayaran Langganan Mimevo?

Mimevo hanya bernilai “One Time” payment, tiada langganan wajib dan anda boleh menggunakan Mimevo sampai bila – bila. Harga jualan mimevo boleh dirujuk di http://billing.mimevo.com/mimevo/order.

Dengan pembelian Mimevo, anda akan menerima satu (1) tahun tempoh sokongan dan kemaskini sistem secara PERCUMA! Selepas tempoh satu tahun, anda boleh memperbaharui akaun anda untuk terus mendapat sokongan dan kemaskini sistem bagi tempoh satu (1) tahun seterusnya.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak mahu melakukan pembaharuan, maka tiada masalah. Sistem Mimevo anda tetap boleh digunakan sampai bila – bila tanpa sebarang had!

 

Mimevo ada Money Back Guarantee tak ni?

Jaminan Pulangan Wang (Money Back Guarantee) diberikan selama 30 hari. Namun disarankan agar anda menguji cuba dahulu sistem ini dengan mengisikan informasi yang diminta.

 

Saya dah refund, pastu nak pakai semula Mimevo, boleh ke?

Jika anda berhasrat untuk gunakan kembali sistem Mimevo setelah refund, anda perlu lakukan proses belian semula. Harus diingatkan, sebarang belian lesen Mimevo adalah “One Time Payment”  tiada langganan wajib dan anda boleh menggunakan Mimevo sampai bila – bila. Malahan, setiap lesen yang dibeli, diberikan percuma kemaskini selama setahun. Jadi, ini antara kelebihan yang telah ditawarkan kepada anda.

Ada Tutorial Mimevo?

Kami menyediakan tutorial yang sering dikemaskini dari semasa ke semasa untuk menerangkan kaedah penggunaan Mimevo. Jadi anda boleh merujuk tutorial tersebut pada bila – bila masa sahaja.

Adakah Boleh Bina Web Dengan Mimevo?

Mimevo adalah sistem yang hanya menguruskan rekod perniagaan dari segi transaksi jualan, pengurusan pelanggan, affiliate, dan “delivery”. Untuk web jualan, anda perlu menggunakan platform lain seperti WordPress, HTML dan sebagainya.

Mimevo hanya akan bertindak sebagai “PUSAT” pengurusan jualan produk anda sahaja dan tidak memiliki fungsi untuk membina web jualan.

Web jualan anda boleh berada di mana – mana lokasi (hosting). Mimevo akan “redirect” pelanggan ke web jualan anda apabila link promosi dilayari oleh pelanggan. Dan apabila pelanggan ingin membuat tempahan produk, maka mereka akan kembali semula ke Mimevo untuk melakukan tempahan dan bayaran.

Bolehkah Mimevo Urus Banyak Produk?

Ya boleh. Mimevo boleh menguruskan “unlimited” produk yang ingin anda jual.

Walaubagaimanapun, perlu kami tekankan di sini, Mimevo BUKAN merupakan sistem “shopping cart” dan tidak berkemampuan (buat masa ini) untuk menyenaraikan produk – produk seperti laman shopping cart.

Mimevo amat sesuai digunakan oleh usahawan yang menjual produk menggunakan web jualan seperti Minisite, menjual di Facebook / Twitter, Whatsapp.

Jika anda memerlukan sistem ala – ala Lazada, Lelong, Ebay, kami cadangkan supaya anda memasang sistem shopping cart seperti Opencart, Magentocommerce, WooCommerce dan lain – lain.

Tetapi jika anda memerlukan satu sistem yang dapat memudahkan anda untuk menerima tempahan bagi setiap satu produk yang anda promosikan, maka Mimevo adalah pilihan yang terbaik!